Magic Words

~Rezeki tu ada dimana-mana...asalkan kita berusaha
Jangan kedekut untuk berkongsi kerana dalam rezeki yang kita kecapi ada bahagian orang lain~

Wednesday, August 29, 2012

Syawal

Alhamdulillah.......
 Syawal dah tiba dengan keceriaan dan keharmonian...

Aku menyambut Syawal tahun ni aku sambut sebagai seorang isteri di samping suami tercinta...walaupun beraya di kampung tapi terasa kelainannya...bermula dari persediaan sampaila menyambut Syawal...

Tahun ni kami sambut raya cuma berempat..Dikwan n Shima  beraya kat Batang Kali dulu...Seperti biasa pepagi selepas solat kami meziarahi pusara Abah, Tok n Chaq...Tahun ni tambah acara baru terus berkunjung rumah bapa2 sedara aku sebelah mak. Selepas itu baru balik rumah dan menanti ketibaan sedar sebelah Abah dan Mak...penat sepetang..malam semua dah pengsan keletihan sampaikan jemputan kenduri pun dah xdaya nak pergi..hehehhehe

Raya kedua Abang balik, so start meronda umah sedara...tapi xdapat banyak rumah sebab ada tetamu yg call nak datang umah so kena balik...Empat hari beraya di kampung penuh dengan kesibukan ...heheheh

Jumaat, 24 ogos kami pun bergerak balik KL ngan Mak n Adik sekali so amek kesempatan untuk singgah Bertam dan Taiping...dan kitaorg wat suprise kat Mak dengan bawa dia gi Cameron Highlands, tempat yang diidam-idamkan...

Sampai Cameron dah malam so tido je lah...sok pepagi baru kuar sebab perot dah lapar sangat...sarapan kat Tanah Rata n mula meronda Cameron...petik strawberry....shopping kaktus...shopping sayur...makan -makan....dah aku dapat bunga dari suami tersayang...heheheh.Kitaorg jalan sampai petang baru turun n gerak balik KL..











.



Sampai KL dah malam so tido la....sok sambung jalan kat KL plak...

Aku dapat lihat sinar keceriaan di wajah mak apabila kami berkumpul semua adik beradik walaupun dalam masa yg terhad...aku pun amat bersyukur kami menjadi adik beradik yang akrab dan saling memahami...

HAPPY FAMILY..


Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan

Alhamdulillah hari ni dah hari ke 5 berpuasa dalam bulan Ramadhan tahun ni, juga berpuasa sebagai seorang isteri..
Ramai orang tanya, camner berpuasa berdua tahun nih?..apa yer jawapan aku?

takde beza juga sbb dah biasa jaga adik aku ..heheh so sama kena bangun masak sahur..sediakan berbuka cuma dah xberbuka sorang2 lagi..heheh

Alhamdulillah juga aku dikurniakan seorang imam yang dpaat membimbing aku...aku bersyukur sangat..

Semoga Ramadhan tahun ini membawa keberkatan dalam hidup kami..Amin...terima kasih abang..

Monday, July 2, 2012

Aku dah Kawen!!!!!!

Alhamdulillah..

Tanggal 2 Jun 2012, aku dengan sahnya telah menjadi isteri kepada Mohammad Rizal b. Mohamad Molia dengan sekali lafaz dan bersaksikan semua ahli keluarga dan tetamu yang hadir. Syukur majlis berlangsung dengan jayanya..terima kasih kepada semua yang membantu dan semua tetamu yang hadir serta mendoakan kebahagiaan kami...










Tanggal ini 2 Julai 2012, telah sebulan aku dan dia menjalani kehidupan sebagai suami isteri...sedikit sebanyak kami telah rasai asam garam hidup berumahtangga...hanya doa sentiasa mengiringi agar kami dapat mengharungi semuanya dengan baik....

Wednesday, April 18, 2012

THINK

Dalam dok layan2 internet ni tertiba terpikir how the day ek?

How do I look?
Baju camner?
Pelamin camner?
Bilik camner?
kenduri camner?

Aduss mula la sesak dada n rasa debar2...huhuh selama ni boleh dikawal lagi tapi bila tengok kalender yang aku begitu sebok pada bulan Mei mula la jadi kelam kabut...

Sentiasa berdoa semuanya akan baik..harap dapat doa dari kawan2 juga..Amin..

So ambil keputusan balik kampung ujung mgg depan..ak jengah semua persiapan....harap2 cuti lulus la...

Tuesday, April 10, 2012

Time is Going Very Fast

Hari ni dah 10 April 2012...cepatnya masa berlalu dengan hari2 yang begitu sebok...

Hati dah makin berdebar2 nih..baju pun xtgk lagi...huhuu..

tatau nak tulis aper...just berdoa semuanya akan baik..Amin

Friday, March 23, 2012

My E-Day

Salam semua,

Dah lama aku tak update blog ni...Alhamdulillah tanggal 24 Januari 2012 aku selamat menjadi tunangan En. Reezal. Perkenalan yang tidak mencecah setahun usianya telah di simpulkan dengan ikatan janji yang telah dipersetujui kedua-dua keluarga. Majlis telah berlangsung di kediaman ku di Perlis dengan bersaksikan seluruh ahli keluarga....

Sesungguhnya perasaan ini amat tidak terucap...menatap wajah-wajah yang kusayang di sirami cahaya kegembiraan buat hati ini sebak dan tanpa ku sedari mataku panas mengalirkan air mata kesyukuran kerana dapat menunaikan harapan mereka.. Terima kasih semua..

Bersama ini aku sertakan bebrapa kenangan pada hari tersebut...tiada perkataan yang dapat ditaip bagi menggambarkan apa yang tersirat di hati. Cuma  doa penuh kesyukuran dapat dipanjatkan kepada Yang Maha Esa dan Berkuasa..Semua yang terjadi di atas kehendakNya....Amin







Saturday, January 7, 2012

01.01.12

Kalau dah dua-dua orang kaki baca novel cenggini la jawabnya...baru xberebut...sambut tahuun baru ngan nukilan Ramlee Awang Murshid...mabeles..