Magic Words

~Rezeki tu ada dimana-mana...asalkan kita berusaha
Jangan kedekut untuk berkongsi kerana dalam rezeki yang kita kecapi ada bahagian orang lain~

Saturday, January 29, 2011

Sekadar berbasi-basi

Asslamualaikum..

Dah lama gler aku xbuka blog nih..sampaikan pw pun dah lupa..hehhe tapi tq Google sbb benarkan sy resetkan pw sy...

Act xde per yang aku nak cakar2 kat sini..just a few update bout me...
Sekarang aku tgh sebok nak settlekan pasal abang nyer wedding...paler aku dah start penuh ngan list (cam aku yang nak kawen)...so aku harap semuanya akan berjalan lancar...



Lupa plak nak bgtau aku akan pindah dr Bukit Jalil ni walaupun aku sayang sangat kat umah ni tapi aku terpaksa pindah juga..aku harap keputusan yang aku buat ni akan merubah hidup aku sepenuhnya. Betul cakap orang amat mudah untu jatuh cinta tapi amat payah untuk melupakan. Aku tak nafikan masih ada sisa-sisa dalam hati aku ni, dan betapa berat aku nak lalui saat ni dan begitu payah sekali aku nak hidup tanpa dia, namun aku harus cuba sedaya upaya mengharungi semua tu demi untuk melihat insan2 di sekeliling, insan2 yang aku sayang dan diri aku sendiri bahagia .
Buat masa ni hati aku memang tertutup rapat untuk insan yang bernama LELAKI. Aku ingin menyepi seketika daripada apa yang dipanggil CINTA. Bukan aku tak percaya tapi macam serik pun ader gak, biarlah aku sendiri seketika bagi merawat dan memulihkan hati yang amat terluka. aku ingin memulakan sebuah kehidupan baru tanpa airmata. Banyak lagi yang belum aku capai dalam hidup ini. Aku juga ingin melihat mak tersenyum kembali seperti dulu setelah melalui saat2 yang memilukan dalam hidupnya. Biarlah aku dambakan hidup ini pada keluarga yang amat aku sayangi.

2011 - aku doakan akan menjadi tahun yang membawa sinar dalam hidup aku sekeluarga. aku nak buang segala yang hitam yang terpalit dalah hidup aku selama nih...Amin

Tahun lepas juga aku kehilangan Pak Ngah Man dan Mak Lang Kiah (Mama)..Semoga Allah tempatkan mereka bersama orang2 yang beriman.

Ni saja kot untuk permulaan aku bergiat aktif semula kat blog nih..nnt apa2 aku kongsi lagi...

chowww....

No comments:

Post a Comment