Magic Words

~Rezeki tu ada dimana-mana...asalkan kita berusaha
Jangan kedekut untuk berkongsi kerana dalam rezeki yang kita kecapi ada bahagian orang lain~

Wednesday, August 29, 2012

Syawal

Alhamdulillah.......
 Syawal dah tiba dengan keceriaan dan keharmonian...

Aku menyambut Syawal tahun ni aku sambut sebagai seorang isteri di samping suami tercinta...walaupun beraya di kampung tapi terasa kelainannya...bermula dari persediaan sampaila menyambut Syawal...

Tahun ni kami sambut raya cuma berempat..Dikwan n Shima  beraya kat Batang Kali dulu...Seperti biasa pepagi selepas solat kami meziarahi pusara Abah, Tok n Chaq...Tahun ni tambah acara baru terus berkunjung rumah bapa2 sedara aku sebelah mak. Selepas itu baru balik rumah dan menanti ketibaan sedar sebelah Abah dan Mak...penat sepetang..malam semua dah pengsan keletihan sampaikan jemputan kenduri pun dah xdaya nak pergi..hehehhehe

Raya kedua Abang balik, so start meronda umah sedara...tapi xdapat banyak rumah sebab ada tetamu yg call nak datang umah so kena balik...Empat hari beraya di kampung penuh dengan kesibukan ...heheheh

Jumaat, 24 ogos kami pun bergerak balik KL ngan Mak n Adik sekali so amek kesempatan untuk singgah Bertam dan Taiping...dan kitaorg wat suprise kat Mak dengan bawa dia gi Cameron Highlands, tempat yang diidam-idamkan...

Sampai Cameron dah malam so tido je lah...sok pepagi baru kuar sebab perot dah lapar sangat...sarapan kat Tanah Rata n mula meronda Cameron...petik strawberry....shopping kaktus...shopping sayur...makan -makan....dah aku dapat bunga dari suami tersayang...heheheh.Kitaorg jalan sampai petang baru turun n gerak balik KL..











.



Sampai KL dah malam so tido la....sok sambung jalan kat KL plak...

Aku dapat lihat sinar keceriaan di wajah mak apabila kami berkumpul semua adik beradik walaupun dalam masa yg terhad...aku pun amat bersyukur kami menjadi adik beradik yang akrab dan saling memahami...

HAPPY FAMILY..