Hari ni merupakan satu perubahan besar dalam hidup aku..Aku harap semuanya akan berubah ke arah kebaikan...Terima kasih aku ucapkan pada siapa sahaja yang buat aku menderita selama ini kerana disebabkan itu aku bertambah kuat mengharungi hidup ini....aku doakan korang bahagia dengan apa yang korang buat..
Buat b, terima kasih dengan hadiah tahun baru yang U berikan...semoga U bahagia dengan pilihan hati U...4 tahun rupanya masih belum cukup untuk I kenali hati budi U...walau sesesal mana I mengenali U semuanya sudah ditakdirkan...semua sudah tertulis yang kita tidak ditakdirkan bersama.....Memang hari ni I menangis...airmata yang mengalir tanpa henti..bukan sekadar menangisi perpisahan ini tapi lebih kepada menyesali keputusan I 4 tahun dulu...menyesal kerana I terlalu percaya dan berharap kita akan bersama walau pelbagai dugaan yang telah kita lalui...
Biar beribu alasan yang U berikan I paham sebenarnya U sendiri mencari yang terbaik untuk diri U, jawapan nya I bukanlah yang terbaik untuk U walaupun berjuta pengobanan yang telah I lakukan...I bersyukur semuanya terjadi sebelum kita terikat dengan ikatan yang lebih bermakna ...sekali lagi Terima Kasih I ucapkan pada U...jagalah ikatan yang U bina bersama dia....jangan buat seperti mana yang U lakukan pada I...
Ernie, tabahlah sayang...Ini dugaan buat dirimu walaupun ia sudah seringkali hadir dalam hidupmu..Tabahlah untuk melaluinya...jadikan apa yang telah terjadi sebagai kekuatan untuk kau lalui hari depan yang belum tentu kita tahu apa akan terjadi...
Ya Allah...Kau tabahkanlah hati hambamu ini...Kau berilah petunjuk kepada ku untuk melalui jalan yang sudah tertulis....Ya Alalh ..Hanya Kau yang lebih mengetahui apa hikmah pada setiap yang berlaku....Aku bersyukur kerana Kau masih izinkan aku bernafas di muka bumi ini....Amin..Amin Ya Robal 'Alamin....
No comments:
Post a Comment