Selepas 6 hari melalui 2012 baru aku ader mood nak menulis...ooo betapa malasnya aku sekarang ni nak menulis dan berfikir..hehehhe...
Tahun ni amat bermakna dalam hidup aku. Di awal tahun baru lagi sinar bahagia itu mengiringi langkah ku. Buat pertama kali dalah hidup aku , aku celebrate new year bersama puluhan ribu orang di Dataran Merdeka. hahahaha dah lama aku xrasa happening camni..Thanks Abang...Aku rasa dah lama aku tinggalkan hidup aku dan rela berdiam dalam kegelapan. Dengan hadirnya dirimu, aku mula bangun dan kembali merasai apa itu kegembiraan..semangat aku seolah-olah dipulihkan dan aku mula tersenyum dan sinar itu kembali menerangi setiap langkahku. Aku amat bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana menemukan aku denganmu.
Aku berdoa agar segala perancangan kami tahun ni akan berjalan dengan lancar dan mendapat restu semua pihak juga diberkati Allah S.W.T...Amin
No comments:
Post a Comment