Magic Words

~Rezeki tu ada dimana-mana...asalkan kita berusaha
Jangan kedekut untuk berkongsi kerana dalam rezeki yang kita kecapi ada bahagian orang lain~

Wednesday, August 29, 2012

Syawal

Alhamdulillah.......
 Syawal dah tiba dengan keceriaan dan keharmonian...

Aku menyambut Syawal tahun ni aku sambut sebagai seorang isteri di samping suami tercinta...walaupun beraya di kampung tapi terasa kelainannya...bermula dari persediaan sampaila menyambut Syawal...

Tahun ni kami sambut raya cuma berempat..Dikwan n Shima  beraya kat Batang Kali dulu...Seperti biasa pepagi selepas solat kami meziarahi pusara Abah, Tok n Chaq...Tahun ni tambah acara baru terus berkunjung rumah bapa2 sedara aku sebelah mak. Selepas itu baru balik rumah dan menanti ketibaan sedar sebelah Abah dan Mak...penat sepetang..malam semua dah pengsan keletihan sampaikan jemputan kenduri pun dah xdaya nak pergi..hehehhehe

Raya kedua Abang balik, so start meronda umah sedara...tapi xdapat banyak rumah sebab ada tetamu yg call nak datang umah so kena balik...Empat hari beraya di kampung penuh dengan kesibukan ...heheheh

Jumaat, 24 ogos kami pun bergerak balik KL ngan Mak n Adik sekali so amek kesempatan untuk singgah Bertam dan Taiping...dan kitaorg wat suprise kat Mak dengan bawa dia gi Cameron Highlands, tempat yang diidam-idamkan...

Sampai Cameron dah malam so tido je lah...sok pepagi baru kuar sebab perot dah lapar sangat...sarapan kat Tanah Rata n mula meronda Cameron...petik strawberry....shopping kaktus...shopping sayur...makan -makan....dah aku dapat bunga dari suami tersayang...heheheh.Kitaorg jalan sampai petang baru turun n gerak balik KL..











.



Sampai KL dah malam so tido la....sok sambung jalan kat KL plak...

Aku dapat lihat sinar keceriaan di wajah mak apabila kami berkumpul semua adik beradik walaupun dalam masa yg terhad...aku pun amat bersyukur kami menjadi adik beradik yang akrab dan saling memahami...

HAPPY FAMILY..


Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan

Alhamdulillah hari ni dah hari ke 5 berpuasa dalam bulan Ramadhan tahun ni, juga berpuasa sebagai seorang isteri..
Ramai orang tanya, camner berpuasa berdua tahun nih?..apa yer jawapan aku?

takde beza juga sbb dah biasa jaga adik aku ..heheh so sama kena bangun masak sahur..sediakan berbuka cuma dah xberbuka sorang2 lagi..heheh

Alhamdulillah juga aku dikurniakan seorang imam yang dpaat membimbing aku...aku bersyukur sangat..

Semoga Ramadhan tahun ini membawa keberkatan dalam hidup kami..Amin...terima kasih abang..

Monday, July 2, 2012

Aku dah Kawen!!!!!!

Alhamdulillah..

Tanggal 2 Jun 2012, aku dengan sahnya telah menjadi isteri kepada Mohammad Rizal b. Mohamad Molia dengan sekali lafaz dan bersaksikan semua ahli keluarga dan tetamu yang hadir. Syukur majlis berlangsung dengan jayanya..terima kasih kepada semua yang membantu dan semua tetamu yang hadir serta mendoakan kebahagiaan kami...










Tanggal ini 2 Julai 2012, telah sebulan aku dan dia menjalani kehidupan sebagai suami isteri...sedikit sebanyak kami telah rasai asam garam hidup berumahtangga...hanya doa sentiasa mengiringi agar kami dapat mengharungi semuanya dengan baik....

Wednesday, April 18, 2012

THINK

Dalam dok layan2 internet ni tertiba terpikir how the day ek?

How do I look?
Baju camner?
Pelamin camner?
Bilik camner?
kenduri camner?

Aduss mula la sesak dada n rasa debar2...huhuh selama ni boleh dikawal lagi tapi bila tengok kalender yang aku begitu sebok pada bulan Mei mula la jadi kelam kabut...

Sentiasa berdoa semuanya akan baik..harap dapat doa dari kawan2 juga..Amin..

So ambil keputusan balik kampung ujung mgg depan..ak jengah semua persiapan....harap2 cuti lulus la...

Tuesday, April 10, 2012

Time is Going Very Fast

Hari ni dah 10 April 2012...cepatnya masa berlalu dengan hari2 yang begitu sebok...

Hati dah makin berdebar2 nih..baju pun xtgk lagi...huhuu..

tatau nak tulis aper...just berdoa semuanya akan baik..Amin

Friday, March 23, 2012

My E-Day

Salam semua,

Dah lama aku tak update blog ni...Alhamdulillah tanggal 24 Januari 2012 aku selamat menjadi tunangan En. Reezal. Perkenalan yang tidak mencecah setahun usianya telah di simpulkan dengan ikatan janji yang telah dipersetujui kedua-dua keluarga. Majlis telah berlangsung di kediaman ku di Perlis dengan bersaksikan seluruh ahli keluarga....

Sesungguhnya perasaan ini amat tidak terucap...menatap wajah-wajah yang kusayang di sirami cahaya kegembiraan buat hati ini sebak dan tanpa ku sedari mataku panas mengalirkan air mata kesyukuran kerana dapat menunaikan harapan mereka.. Terima kasih semua..

Bersama ini aku sertakan bebrapa kenangan pada hari tersebut...tiada perkataan yang dapat ditaip bagi menggambarkan apa yang tersirat di hati. Cuma  doa penuh kesyukuran dapat dipanjatkan kepada Yang Maha Esa dan Berkuasa..Semua yang terjadi di atas kehendakNya....Amin







Saturday, January 7, 2012

01.01.12

Kalau dah dua-dua orang kaki baca novel cenggini la jawabnya...baru xberebut...sambut tahuun baru ngan nukilan Ramlee Awang Murshid...mabeles..

New Year 2012

Selepas 6 hari melalui 2012 baru aku ader mood nak menulis...ooo betapa malasnya aku sekarang ni nak menulis dan berfikir..hehehhe...

Tahun ni amat bermakna dalam hidup aku. Di awal tahun baru lagi sinar bahagia itu mengiringi langkah ku. Buat pertama kali dalah hidup aku , aku celebrate new year bersama puluhan ribu orang di Dataran Merdeka. hahahaha dah lama aku xrasa happening camni..Thanks Abang...Aku rasa dah lama aku tinggalkan hidup aku dan rela berdiam dalam kegelapan. Dengan hadirnya dirimu, aku mula bangun dan kembali merasai apa itu kegembiraan..semangat aku seolah-olah dipulihkan dan aku mula tersenyum dan sinar itu kembali menerangi setiap langkahku. Aku amat bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana menemukan aku denganmu.




Aku berdoa agar segala perancangan kami tahun ni akan berjalan dengan lancar dan mendapat restu semua pihak juga diberkati Allah S.W.T...Amin

Monday, October 31, 2011

My 32th Bornday

Alhamdulillah...Syurkur ke hadrat Ilahi aku masih diizinkan untuk menghirup udara di bumi Allh seusia ini...Semalam genap usiaku 32 tahun...Aku gembira sangat kerana dapat melalui hari tersebut di samping insan2 yang amat aku sayangi...

Aku tak harapkan hadiah yang beribu cuma cukuplah kasih sayang yang diberi dan diri ini dihargai...Kiss from my mummy..hangat terasa menyentuh kalbu sehingga menitis air mata ini...ucapan dan doa2 daripada kawan2 dan sanak sedara buat aku rasa masih ada yang mengingati diri ini walaupun terpisah jauh dek masa dan tempat...

Terima kasih buat kekasih hati kerana berada disampingku sepanjang hari menemani perjalanan ku dari Perlis ke Kuala Lumpur...dapat Smurf besar n new shirt...tq for the wish from 12.00am till 11.59pm...hehhehe..buat ku ketawa dan senyum sepanjang masa...

Aku sendiri berdoa agar aku terus diizinkan mengecapi kegimbaraan ini dan semua harapan dan perancangan akan diberkatiNya..Amin..


My mum n me birthday's cake from my brother,my sis in law n my lil sister..cantik n sedap...

My birthday's present from my luv...tq Abang

hehehe...comei kan

Saturday, July 30, 2011

Coretan

Dah lama aku xmenulis kat blog nih...dek kerana dihambat oleh kesibukan tugas dan personal...

Hidup aku sekarang nak kata begitu gembira xjuga tapi aku bersyukur kerana aku dihadirkan seorang insan yang amat memahami dan menyayangi aku...walaupun dalam masa ini aku menerima berita yang agak mengusik jiwa aku tapi aku cuba untuk berfikiran positif dan hadapinya dengan tenang...aku sentiasa doakan agar semua itu hanya sebagai berita...

Hari-hari yang aku laluui bersama dia amat menggembirakan aku..banyak yg aku belajar untuk menjadi insan yang lebih matang dan bertimbang rasa...namun tak ku nafikan hati ini masih tidak sepenuhnya untk menerima kehidupan hari ini..namun ku cuba untuk menerima buruk dan baik dia seperti mana dia menerima diri ini...

Setiap detik aku berdoa agar semua kesedihan yang aku lalui sebelum ini tidak akan sama sekali berulang lagi...setiap kali aku melihat mak tersenyum buat airmata ini amat senang menitis..xder apa yang menggembirakan aku selain kegembiraan buat mak...pada saat ini aku amat merindui mak...lebih daripada segala-segalanya....

Setiap kali mak galak bertanya itu ini pasal hubungan aku buat aku makin gentar untuk menghadapi hari-hari mendatang......

Tuesday, May 24, 2011

PINK ini memory

Kebetulan yang amat aku suka...sangat la sweet ...hehe


ehheheh...sehati sejiwa...serasi bersama.....LEBIU DEAR....

Sebulan sudah..

Hari genap sebulan aku kenal abang...so far i'm very happy be with him...dia seumpama aku punyer prince charming yang selama ini aku tercari2...dia punyai pakej itu..aku sentiasa doakan bahawa pilihan kali ini tidak salah lagi...


SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Lagu ini mengiringi perkenalan kami...aku memenag touching setiap kali dengar lagu nih..very meanigful...
~~LOVE U SO MUCH~~~

Monday, May 9, 2011

When we meet..

Dah Lama aku xconteng2 kat sini...Ketibaan Mei 2011 aku sambut dengan sesuatu yang amat menyenangkan hati...perkenalan antara aku ngan Reezal membuatkan hati aku berbunga2 kembali untuk mengenal dan melalui detik2 indah berkasih...walaupun pada awalnya aku amat berat untuk memulakan langkah tapi entah mengapa hati ini begitu tertarik dan senang dengan cara dia...1 Mei..pertemuan pertama yang penuh debaran dan hati aku begitu tersentuh coz dia sanggup ke Perlis untuk berjumpa dengan aku..Secara xlangsung dia aku perkenalkan pada seluruh keluarga ku..Alhamdulillah semua orang senang dan dapat menerima dia ....Hari2 yang ku lalui selepas itu amat bersinar dan aku amat gembira bila disamping dia..Dia boleh menjadi kawan dan kekasih dalam masa yang sama...
Walau masih singkat pertemuan ini tapi aku amat senang dan aku sentiasa doakan supaya apa yang dirancang akan menjadi kenyataan...Sesungguhnya AKU JATUH CINTA LAGI....




Doakan kita orang yer kawan2...hehhehe..

Wednesday, April 20, 2011

Melepas rindu....

Best sangat Ahad lepas dapat melepaskan rindu pada kawan2 yang sudah 3 tahun xberjumpa...walaupun sekejap dan xpuas rasanya berborak ..bersembang...bemesra tapi memang begitu bermakna....kat sini aku kongsikan beberapa snap untuk korang tgk sbb semuanya memang xterungkat dengan kata2...kegembiraan hanay terpamer di wajah masing2 sehingga tiada kata dapat diungkapkan...Thanks Nor n Afizal sbb jemput kami...


.......ADAM....











depan umah Nor n Afie

hehhehe cam muker nampak antu....
Miss All of U So Much...Hope to meet again....MMuuuaahhhhhh!!!
~Acu~