Magic Words

~Rezeki tu ada dimana-mana...asalkan kita berusaha
Jangan kedekut untuk berkongsi kerana dalam rezeki yang kita kecapi ada bahagian orang lain~

Monday, July 2, 2012

Aku dah Kawen!!!!!!

Alhamdulillah..

Tanggal 2 Jun 2012, aku dengan sahnya telah menjadi isteri kepada Mohammad Rizal b. Mohamad Molia dengan sekali lafaz dan bersaksikan semua ahli keluarga dan tetamu yang hadir. Syukur majlis berlangsung dengan jayanya..terima kasih kepada semua yang membantu dan semua tetamu yang hadir serta mendoakan kebahagiaan kami...










Tanggal ini 2 Julai 2012, telah sebulan aku dan dia menjalani kehidupan sebagai suami isteri...sedikit sebanyak kami telah rasai asam garam hidup berumahtangga...hanya doa sentiasa mengiringi agar kami dapat mengharungi semuanya dengan baik....

Wednesday, April 18, 2012

THINK

Dalam dok layan2 internet ni tertiba terpikir how the day ek?

How do I look?
Baju camner?
Pelamin camner?
Bilik camner?
kenduri camner?

Aduss mula la sesak dada n rasa debar2...huhuh selama ni boleh dikawal lagi tapi bila tengok kalender yang aku begitu sebok pada bulan Mei mula la jadi kelam kabut...

Sentiasa berdoa semuanya akan baik..harap dapat doa dari kawan2 juga..Amin..

So ambil keputusan balik kampung ujung mgg depan..ak jengah semua persiapan....harap2 cuti lulus la...

Tuesday, April 10, 2012

Time is Going Very Fast

Hari ni dah 10 April 2012...cepatnya masa berlalu dengan hari2 yang begitu sebok...

Hati dah makin berdebar2 nih..baju pun xtgk lagi...huhuu..

tatau nak tulis aper...just berdoa semuanya akan baik..Amin

Friday, March 23, 2012

My E-Day

Salam semua,

Dah lama aku tak update blog ni...Alhamdulillah tanggal 24 Januari 2012 aku selamat menjadi tunangan En. Reezal. Perkenalan yang tidak mencecah setahun usianya telah di simpulkan dengan ikatan janji yang telah dipersetujui kedua-dua keluarga. Majlis telah berlangsung di kediaman ku di Perlis dengan bersaksikan seluruh ahli keluarga....

Sesungguhnya perasaan ini amat tidak terucap...menatap wajah-wajah yang kusayang di sirami cahaya kegembiraan buat hati ini sebak dan tanpa ku sedari mataku panas mengalirkan air mata kesyukuran kerana dapat menunaikan harapan mereka.. Terima kasih semua..

Bersama ini aku sertakan bebrapa kenangan pada hari tersebut...tiada perkataan yang dapat ditaip bagi menggambarkan apa yang tersirat di hati. Cuma  doa penuh kesyukuran dapat dipanjatkan kepada Yang Maha Esa dan Berkuasa..Semua yang terjadi di atas kehendakNya....Amin







Saturday, January 7, 2012

01.01.12

Kalau dah dua-dua orang kaki baca novel cenggini la jawabnya...baru xberebut...sambut tahuun baru ngan nukilan Ramlee Awang Murshid...mabeles..

New Year 2012

Selepas 6 hari melalui 2012 baru aku ader mood nak menulis...ooo betapa malasnya aku sekarang ni nak menulis dan berfikir..hehehhe...

Tahun ni amat bermakna dalam hidup aku. Di awal tahun baru lagi sinar bahagia itu mengiringi langkah ku. Buat pertama kali dalah hidup aku , aku celebrate new year bersama puluhan ribu orang di Dataran Merdeka. hahahaha dah lama aku xrasa happening camni..Thanks Abang...Aku rasa dah lama aku tinggalkan hidup aku dan rela berdiam dalam kegelapan. Dengan hadirnya dirimu, aku mula bangun dan kembali merasai apa itu kegembiraan..semangat aku seolah-olah dipulihkan dan aku mula tersenyum dan sinar itu kembali menerangi setiap langkahku. Aku amat bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana menemukan aku denganmu.




Aku berdoa agar segala perancangan kami tahun ni akan berjalan dengan lancar dan mendapat restu semua pihak juga diberkati Allah S.W.T...Amin

Monday, October 31, 2011

My 32th Bornday

Alhamdulillah...Syurkur ke hadrat Ilahi aku masih diizinkan untuk menghirup udara di bumi Allh seusia ini...Semalam genap usiaku 32 tahun...Aku gembira sangat kerana dapat melalui hari tersebut di samping insan2 yang amat aku sayangi...

Aku tak harapkan hadiah yang beribu cuma cukuplah kasih sayang yang diberi dan diri ini dihargai...Kiss from my mummy..hangat terasa menyentuh kalbu sehingga menitis air mata ini...ucapan dan doa2 daripada kawan2 dan sanak sedara buat aku rasa masih ada yang mengingati diri ini walaupun terpisah jauh dek masa dan tempat...

Terima kasih buat kekasih hati kerana berada disampingku sepanjang hari menemani perjalanan ku dari Perlis ke Kuala Lumpur...dapat Smurf besar n new shirt...tq for the wish from 12.00am till 11.59pm...hehhehe..buat ku ketawa dan senyum sepanjang masa...

Aku sendiri berdoa agar aku terus diizinkan mengecapi kegimbaraan ini dan semua harapan dan perancangan akan diberkatiNya..Amin..


My mum n me birthday's cake from my brother,my sis in law n my lil sister..cantik n sedap...

My birthday's present from my luv...tq Abang

hehehe...comei kan