Magic Words

~Rezeki tu ada dimana-mana...asalkan kita berusaha
Jangan kedekut untuk berkongsi kerana dalam rezeki yang kita kecapi ada bahagian orang lain~

Friday, March 23, 2012

My E-Day

Salam semua,

Dah lama aku tak update blog ni...Alhamdulillah tanggal 24 Januari 2012 aku selamat menjadi tunangan En. Reezal. Perkenalan yang tidak mencecah setahun usianya telah di simpulkan dengan ikatan janji yang telah dipersetujui kedua-dua keluarga. Majlis telah berlangsung di kediaman ku di Perlis dengan bersaksikan seluruh ahli keluarga....

Sesungguhnya perasaan ini amat tidak terucap...menatap wajah-wajah yang kusayang di sirami cahaya kegembiraan buat hati ini sebak dan tanpa ku sedari mataku panas mengalirkan air mata kesyukuran kerana dapat menunaikan harapan mereka.. Terima kasih semua..

Bersama ini aku sertakan bebrapa kenangan pada hari tersebut...tiada perkataan yang dapat ditaip bagi menggambarkan apa yang tersirat di hati. Cuma  doa penuh kesyukuran dapat dipanjatkan kepada Yang Maha Esa dan Berkuasa..Semua yang terjadi di atas kehendakNya....Amin







Saturday, January 7, 2012

01.01.12

Kalau dah dua-dua orang kaki baca novel cenggini la jawabnya...baru xberebut...sambut tahuun baru ngan nukilan Ramlee Awang Murshid...mabeles..

New Year 2012

Selepas 6 hari melalui 2012 baru aku ader mood nak menulis...ooo betapa malasnya aku sekarang ni nak menulis dan berfikir..hehehhe...

Tahun ni amat bermakna dalam hidup aku. Di awal tahun baru lagi sinar bahagia itu mengiringi langkah ku. Buat pertama kali dalah hidup aku , aku celebrate new year bersama puluhan ribu orang di Dataran Merdeka. hahahaha dah lama aku xrasa happening camni..Thanks Abang...Aku rasa dah lama aku tinggalkan hidup aku dan rela berdiam dalam kegelapan. Dengan hadirnya dirimu, aku mula bangun dan kembali merasai apa itu kegembiraan..semangat aku seolah-olah dipulihkan dan aku mula tersenyum dan sinar itu kembali menerangi setiap langkahku. Aku amat bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana menemukan aku denganmu.




Aku berdoa agar segala perancangan kami tahun ni akan berjalan dengan lancar dan mendapat restu semua pihak juga diberkati Allah S.W.T...Amin

Monday, October 31, 2011

My 32th Bornday

Alhamdulillah...Syurkur ke hadrat Ilahi aku masih diizinkan untuk menghirup udara di bumi Allh seusia ini...Semalam genap usiaku 32 tahun...Aku gembira sangat kerana dapat melalui hari tersebut di samping insan2 yang amat aku sayangi...

Aku tak harapkan hadiah yang beribu cuma cukuplah kasih sayang yang diberi dan diri ini dihargai...Kiss from my mummy..hangat terasa menyentuh kalbu sehingga menitis air mata ini...ucapan dan doa2 daripada kawan2 dan sanak sedara buat aku rasa masih ada yang mengingati diri ini walaupun terpisah jauh dek masa dan tempat...

Terima kasih buat kekasih hati kerana berada disampingku sepanjang hari menemani perjalanan ku dari Perlis ke Kuala Lumpur...dapat Smurf besar n new shirt...tq for the wish from 12.00am till 11.59pm...hehhehe..buat ku ketawa dan senyum sepanjang masa...

Aku sendiri berdoa agar aku terus diizinkan mengecapi kegimbaraan ini dan semua harapan dan perancangan akan diberkatiNya..Amin..


My mum n me birthday's cake from my brother,my sis in law n my lil sister..cantik n sedap...

My birthday's present from my luv...tq Abang

hehehe...comei kan

Saturday, July 30, 2011

Coretan

Dah lama aku xmenulis kat blog nih...dek kerana dihambat oleh kesibukan tugas dan personal...

Hidup aku sekarang nak kata begitu gembira xjuga tapi aku bersyukur kerana aku dihadirkan seorang insan yang amat memahami dan menyayangi aku...walaupun dalam masa ini aku menerima berita yang agak mengusik jiwa aku tapi aku cuba untuk berfikiran positif dan hadapinya dengan tenang...aku sentiasa doakan agar semua itu hanya sebagai berita...

Hari-hari yang aku laluui bersama dia amat menggembirakan aku..banyak yg aku belajar untuk menjadi insan yang lebih matang dan bertimbang rasa...namun tak ku nafikan hati ini masih tidak sepenuhnya untk menerima kehidupan hari ini..namun ku cuba untuk menerima buruk dan baik dia seperti mana dia menerima diri ini...

Setiap detik aku berdoa agar semua kesedihan yang aku lalui sebelum ini tidak akan sama sekali berulang lagi...setiap kali aku melihat mak tersenyum buat airmata ini amat senang menitis..xder apa yang menggembirakan aku selain kegembiraan buat mak...pada saat ini aku amat merindui mak...lebih daripada segala-segalanya....

Setiap kali mak galak bertanya itu ini pasal hubungan aku buat aku makin gentar untuk menghadapi hari-hari mendatang......

Tuesday, May 24, 2011

PINK ini memory

Kebetulan yang amat aku suka...sangat la sweet ...hehe


ehheheh...sehati sejiwa...serasi bersama.....LEBIU DEAR....

Sebulan sudah..

Hari genap sebulan aku kenal abang...so far i'm very happy be with him...dia seumpama aku punyer prince charming yang selama ini aku tercari2...dia punyai pakej itu..aku sentiasa doakan bahawa pilihan kali ini tidak salah lagi...


SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Lagu ini mengiringi perkenalan kami...aku memenag touching setiap kali dengar lagu nih..very meanigful...
~~LOVE U SO MUCH~~~